Menurut
Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan
sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang
digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapkan. Pada zaman yang serba canggih ini, sistem pengangkutan moden
kian mempengaruhi kehidupan masyarakat. Berdasarkan perangkaan terkini
yang diperoleh, didapati bahawa kenderaan awam tidak terhad dalam sistem
perhubungan di darat malah di udara juga di laut.