Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat. Perubahan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersama kebaikan dan keburukan. Seabagai contoh, pembamgunan sistem jaringan pengankutan meninggalkan banyak kesan terhadap alam sekitar. Sistem pengankutan merupakan faktor terbesar yang menyababkan pencemaran udara. Dianggarkan 13.6 juta gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan yang merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Pencemaran ini juga turut menambah kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia.
Sistem pengankutan darat iaitu kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal, dan bas merupakan punca utama pencemaran udara berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Hal ini dapat dilihat kerana, kenderaan bermotorlah banyak mengeluarkan banyak karbon dioksida (CO2) dari enjin dan menyebabkan pencemaran udara. Jika di bandar, kenderaan bermotor digunakan oleh hampir semua penduduk untuk melakukan aktiviti atau pekerjaan harian. Oleh itulah, berlakunya jalan raya yang sesak dan bunyi-bunyi enjin kereta serta bunyi hon kereta yang membingitkan telinga. Perkara sebegini membawa kepada pencemaran landskap dan bunyi terhadap alam sekitar. Perkara ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri dan disaranka menggunakan kenderaan awam. Lebuh-lebuh raya dan jalan lingkaran bertingkat juga perlu dibina.
Negara kita sering terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar. Selat Melaka dilalui oleh hampir 30% kapal-kapal tangki. Sektor perkapalan ini terutamanya kapal yang membawa minyak perlu dititik beratkan penjagaannya untuk mengelakkan pertumpahan minyak ke laut. Hidupan-hidupan akuatik juga akan mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan ,burung-burung sukar untuk mencari makanan, dan pendapatan nelayan berkurang.
Kemasukan pelancong dari luar negara melalui pengankutan udara semakin meningkat. Dalam kesibukan ini, bunyi-bunyi enjin kapal terbang yang bising serta bunyi pengankutan udara yang lain seperti helicopter dan jet boleh menyumbang kepada pencemaran bunyi dan mengganggu penduduk yang tinggal di sekitar lapangan itu. Oleh sebab itu, lapangan terbang ini perlu dibina jauh dari kawasan perumahan penduduk. Namun begitu, pengankutan udara banyak juga kebaikannya terhadap alam sekitar seperti boleh mengawal pembakaran hutan dan pembalakan haram serta boleh memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya, kita tentulah merasa tidak selesa jika pencemaran ini berlaku. Kita harus mengganggap bumi kita sebagai rumah kita sendiri, dan kita akan berusaha untuk tidak mengotorinya. Langkah-langkah pembersihan dan pencegahan pembersihan perlu dilakukan. Alam sekitar kita akan bersih dan ia akan mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat.
Sumber : http://yunchan39.blogspot.com/2013/09/kesan-pengankutan-terhadap-alam-sekitar.html
......
BalasPadamnkkkkkk!!!
BalasPadam