Khamis, 18 Jun 2015

5 LANGKAH UTAMA BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM



1.    Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.

i)    Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu.) ii)    Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.  iii)    Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan iv)    Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012 v)    Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang. vi)    850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini.  

2.    Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam

i    Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan
iii    Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012    
iv    Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi. 
v    Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh 
vi.    Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.
3    Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan  Pusat.

i    Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar  bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.
ii    Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.

4.    Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD)

i    Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia. 
Ii    13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.
5.    Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)

i    Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan dipertingkat,  Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan