Khamis, 18 Jun 2015

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN BAS

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeterai perjanjian dengan Cityliner Sdn Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd untuk memperkenalkan konsep baru perkhidmatan bas henti-henti yang berasaskan konsep ‘network planning’ bagi Seremban dan Kangar.

Menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (‘SBST’) rakyat akan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai.

Skim ini akan dilancarkan pada bulan April bagi Seremban, manakala Perlis pada bulan Jun2015. Skim ini juga dijangka akan diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuchingpada tahun ini.

Projek ini akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan bas di kelima-lima bandar di mana bas henti-henti akan menjadi tunjang kepada sistem perkhidmatan awam. 

Menjelang 2020, projek ini dengan kerjasama rapat kerajaan negeri akan dilaksanakan di kesemua daerah di seluruh negara.

Transformasi yang dilaksanakan ini membolehkan pengguna pengangkutan awam menikmati peningkatan dalam rangkaian perhubungan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai kekawasan utama seperti pusat komersil, kawasan perumahan serta sekolah-sekolah dan kolej.

Projek ini mengintegrasikan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspress dan perkhidmatan rel.

Pada majlis pemeterian perjanjian di Kuala Lumpur Jumaat SPAD diwakili Pengerusinya, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal. 

Pengarah Eksekutif Cityliner, Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hasim dan Pengarah MARA Liner, Puan Rohayah Mohd Zain telah memeterai perjanjian bagi pihak Cityliner dan MARA Liner.

Sumber : http://ijahoney.blogspot.com/2015/04/transformasi-perkhidmatan-bas-henti.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan