Jumaat, 19 Jun 2015

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG SISTEMATIK MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA

Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutanawamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkanpengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidakmenjana kepada pembangunan negara .Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatanpengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutanawam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga diair . Sistem pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihakswasta . Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukanpelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi
 –
disediakan oleh pihak kerajaan atau punpihak swasta dan sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapatmenjana kepada pembangunan negara.Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awamseperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya. Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya ,landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutanyang sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengankecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewanganyang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .Sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yangbersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen .Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengankonsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapalterbang yang canggih . Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana iamenyediakan sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amatdiperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntutpelaburan yang amat tinggi dan turut membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akanturut dilihat bertambah maju , berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannyatidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini .

Sumber : http://syahadahpm15.blogspot.com/2015/06/sistem-pengangkutan-awam-yang.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan