Sabtu, 20 Jun 2015

MAJUNYA PENGANGKUTAN AWAM

maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya. sekiranyasistem pengangkutan awam tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara yang lemah, tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan negara

    apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam: ia merupakan satu perkhidmatan pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan. sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat, udara dan juga di air. sistem pengangkutan ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta. dalam penyediaan rangkaian sistempengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi. ianya disediakan oleh pihak kerajaan ataupun pihak swasta dan sekaligus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik inidapat menjana kepada pembangunan negara.

    melihat kepada sistem pengangkutan di darat, ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti bas,teksi, lori melibatkan juga perkhidmatan kereta api, LRT, monorel dan seumpama dengannya. perkhidmatan ini memerlukan  penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya, lebuh raya, landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik. untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik semuanya  memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara.

    sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen. sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih. sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan sistem pengangkutan yang pantasbagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat diperlukan oleh orang ramai di serata dunia. sistem pengangkutan udara ini turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan  turut membantu penjanaan pembangunan negara. negara akan turut dilihat bertambah maju, berdaya saing apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini.


Sumber : http://syahadahpm15.blogspot.com/2015/06/majunya-pengangkutan-awam.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan