Khamis, 18 Jun 2015

KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN NKRA


Sementara itu, pencapaian NKRA Meningkatkan Penangkutan Awam Bandar turut terjana dalam kategori di bawah:
  • Menggerakkan 470 bas RapidKL untuk meningkatkan kekerapan bas di sekitar Lembah Klang. Sehingga 31 Disember 2011, lebih 4.04 juta orang penumpang menggunakan perkhidmatan bas RapidKL berbanding pada tahun 2010.
  • Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun 2011, berbanding dengan hanya 254,745 penumpang pada tahun 2010. Pada tahun 2011, lebih 10.4 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan LRT.
  • Peningkatan bihlangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%
  • Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan telah beroperasi sepenuhnya. Terminal ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air daripada memasuki pusat bandar.
  • Transformasi terminal Pudu Sentral telah berjaya disempurnakan. Setelah melalui proses pengubahsuaian utama yang pertama kalinya semenjak dibuka kepada orang ramai pada tahun 1976, Pudu Sentral yang berwajah baharu kini dibuka semula bagi orang ramai pada bulan April 2011 dengan menawarkan kemudahan moden bertaraf dunia.
  • Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa perjalanan bas di tiga laluan utama.
  • Buat pertama kali dalam sejarah, penumpang bas dapat menikmati pengalaman menggunakan tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan di bawah Syarikat Prasarana Nasional Berhad (Prasarana).
  • Kini penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan