Khamis, 18 Jun 2015

NKRA MENINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR


Untuk memertabatkan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya negara maju dari segi kemudahan dan aspek pengangangkutan awam, NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah diperkenalkan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Kerajaan Barisan Nasional telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar, khususnya Kuala Lumpur. Antara projek menjadikan taraf pengangkutan awam bandar Kuala Lumpur lebih cekap, teratur dan mesra-pengguna ketika ini adalah:
  1. Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS)
  2. Menaikkan imej Hentian Pudu Raya kepada Pudu Sentral pembinaan KL Sentral
  3. Transit Aliran Ringan (LRT)
  4. Transit Aliran Massa (MRT)
Projeck mega MRT Kuala Lumpur bernilai RM36 bilion direka untuk menghubungkan jarak sepanjang 150 kilometer antara Sungai Buloh dan Kajang. Ia akan meningkatkan keberkesanan rangkaian hubungan rail sedia ada, di samping itu juga turut menjadi sebahagian dari sistem rail yang lebih bersepadu.
Sistem MRT Kuala Lumpur ini juga, apabila sudah siap sepenuhnya, bakal the menjadikan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya-bandaraya moden dunia yang lain. Ia juga akan meningkantkan keberkesanan sistem rangkaian rail ringan di seluruh Lembah Kelang.

Sistem LRT yang ada sekarang akan diperluaskan rangkaiannya dengan penyambungan bagi kedua-dua laluan Ampang dan Kelana Jaya. Projek penyambungan yang menelan belanja sebanyak RM7 bilion ini menyaksikan penyambungan trek sepanjang 17 kilometer dari Kelana Jaya ke Putra Heights dan 17.7 kilometer dari Sri Petaling ke Putra Heighrs bagi laluan Ampang.
Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) menganggarkan kira-kira 800,000 warga kota akan menggunakan kemudahan ini setiap hari menjelang 2014, berbanding hanya 300,000 pengguna sehari ketika ini.
NKRA Meningkatkan Pengangkutan Awam Bandar adalah antara inisiatif terpenting kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada warga kota. Pada masa yang selama, ia juga selaras dengan hasrat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Kulala Lumpur akibat pertambahan kenderaan.

Sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan menyeluruh diharapkan dapat memantau pembaziran masa warga kota akibat kesesakan jalan raya.
Setakat tahun 2011, NKRA Memingkatkan Pengangkutan Awam Bandar telah menunjukkan pembaharuan yang menggalakkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan