Khamis, 18 Jun 2015

SPAD

SPAD

Visi

Menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat

Misi

Memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi and kualiti hidup.

Fungsi SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah badan berkanun yang di tubuhkan di bawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010.  SPAD ditubuhkan secara rasmi pada 3 Jun 2010.

Bagi memastikan SPAD dapat melaksanakan tugas dan objektif penubuhannya secara lebih efisyen dan efektif, SPAD telah diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.

Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawalselia pengangkutan awam darat di negara ini seperti keretapi, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel keretapi.

Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan  Jalan.

SPAD memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang mana usaha ini salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar seperti yang digariskan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan, yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


sumber: www.spad.gov.my/ms/mengenai-spad/profil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan